Etika Penggunaan Internet - Internet Beritaku

Minggu, 30 September 2012

Etika Penggunaan Internet


1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumatdihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turutdipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat darisemasa ke semasa.Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalammembantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah inimembolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakandengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidakterkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatanyang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dankebolehsediaan maklumat yang berterusan.

2.0 TUJUAN
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.

3.0 TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
3.1          Teknologi internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan-bahan lain yang berfaedah. Perkhidmatan Awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan tadbiran telah melihat internet sebagai satu platformuntuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. Dalam konteks ini, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu menggunakan kemudahan internet dengan cara yang bertanggungjawab dan konsisten.
3.2          Internet adalah infrastruktur saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Dengan sebab itu, ketepatan maklumat internet tidak boleh ditentukan. Justeru, kakitangan JPN perlu memainkan peranan dan bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia agar kerja yang dilaksanakan tidak menyimpang dari tujuan sebenar jabatan.
3.3          Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan internet digunakan dengan selamat, adalah wajar JPN menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.
3.4          Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan internet.
·         Hak Akses Pengguna
o   Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.
·         Privasi Pengguna
o   Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran.
·         Mengenal pasti Identiti Pengguna
o   Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui Internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
·         Memilih Laman
o   Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
·         Pengesahan Maklumat
o   Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.
·         Muat Naik Bahan (Upload)
o   Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.
·         Muat Turun Bahan (Download)
o   Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.
·         Perbincangan Awam
o   Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsimelambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.

Sumber
Comments

15 komentar

yah sob terima kasih...kunjungannya :)

Info yang bagus, trims......
sukses selalu

terima kasig sob...sukses selalu :)

makasih informasinya, berguna sekali

ok sob segera berkunjung....

saya dah follow back...liat dari profilnya, anda ini anak dari kolaka, sultra,,,klu bgitu sama dong!!

betul sob dari kolaka.....tinggalnya dimana yah...?

sudah saya follow..follback yaa. wow templatenya sama mas http://punyahape.blogspot.com/

Mantap jiwa, ini yang saya cari cari !!! sekian lama mencari akhirnya saya bisa tau cara menggunakan game guardian
dan cara menggunakan freedom. Tak lupa dengan beberapa informasi lainnya yang bisa saya dapatkan diantaranya adalah cara download video di website
, kedua cara mengatasi gambar tidak muncul di uc browser, yang ketiga aplikasi vpn android terbaik.

Berbagai macam ilmu dimiliki tetapi tidak semua orang tau, oleh karena itu saya akan membagikan kacamata vr murah berkualitas terbaik dan HP murah terbaik untuk mobile legends

Sungguh saya berterima kasih atas informasi yang agan miliki, jangan lupa berkunjung ke Tekno Info dan membaca cara install point blank offline


EmoticonEmoticon